Tuesday, 3 March 2015

Redha dan Ikhlas


Ujian dan Dugaan

Masalah yang dihadapi setiap insan adalah berbeza.Ada yang diberi dugaan yang sukar dan juga sebaliknya.Setiap insan itu haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.Terimalah dengan hati yang terbuka dan redha dan pada masa yang sama berkatalah didalam hati “semua  ini hanyalah dugaan ,Allah masih sayangkan Aku,Aku harus mengharunginya walaupun pahit untuk ditelan,hidup harus diteruskan ,aku tidak seharusnya berputus asa sebelum mencuba untuk menyelesaikannya,masih ada orang yang memerlukan aku,aku tidak boleh lemah “

Tetapkanlah dalam hati bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama dan akan sentiasa membantu kita apabila kita memerlukan pertolonganNya tidak kira pada masa susah mahupun senang.Bukan mudah untuk menerima segala  dugaan yang mendatang secara tiba-tiba,sebagai hamba kita harus merelakan hati untuk menerima dugaan itu dengan hati yang terbuka.

Mungkin pada awalnya kita sudah mengeluh tetapi pada dasar akalnya adakah kita pernah berfikir mengapa kita diberi dugaan sedemikian.Cubalah bermunahasabah diri  mencari Mengapa?,Kenapa ?Aku diberi dugaan dan ujian sedemikian.Dengan hati yang terbuka dan redha terimalah dugaan ataupun ujian hidup yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Jangan pernah membandingkan mengapa aku tidak menjadi seperti dia?,kenapa juga  aku tidak kaya seperti dia?,Mengapa itu dan ini.Setiap manusia diberi cara hidup  yang  berbeza dan juga diberi kelebihan dan keistmewaan yang berbeza.Justeru itu,kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan  Oleh yang Maha Esa kepada kita.Janganlah kita mempertikaikannya kerana setiap insan itu memiliki keistimewaan masing-masing .Keistimewaan itulah yang menjadikan seseorang itu menyinar apabila dia menggunakan keistimewaan itu dengan sebaik-baiknya tanpa menyalahgunakan keistimewaan itu.

Setiap dugaan dan ujian yang menimpa pasti akan ada hikmahnya.Pasti ada manisnya selepas itu.Pasti akan  ada kebahagian yang menanti.Oleh itu,kita perlulah bersabar dalam menghadapi segala dugaan menimpa.Terimalah dengan hati yang redha dan ikhlas untuk menghadapi dugaan dan ujian yang menimpa.


No comments:

Post a Comment