Sunday, 1 March 2015

HATI

Hati Manusia

Perasaan sesorang itu sukar untuk dibaca dan ditafsir.Kekadang itu apa yang  diucap tidak sama apa yang dilakukan olehnya..Kadang-kadang itu juga segala yang dikatakan lahir dari hatinya dan juga sebaliknya.Bila mula berbicara kadang itu ada dustanya,kadang-kadang itu juga ada manfaatnya.
Kadang-kadang seseorang itu tidak berani untuk meluahkan rasa,hanya dapat menjerit dan meluahkannya di dalam hati sahaja.Tapi setelah  itu hati sendiri akan merasa sakit dengan sikap orang sekeliling.Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang,kadang-kadang itu hati terpaksa menahan perit dan sakitnya akibat bisanya kata-kata manusia yang tidak pandai untuk menjaga hati orang lain.

Hidup manusia tidak selalu berada dia atas,hidup manusia juga boleh diibaratkan sebagai roda,kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah.Jangan sesekali bersikap angkuh dan bongkak,kerana sikap ini tidak akan membawa kita ke mana-mana,malah akan meninggalkan kesan yang tidak dapat dibayangkan.Hati orang lain juga bukan senang untuk dijaga,malah jika tersilap kata akan mengguris hati seseorang itu.Biar hati sendiri yang terluka jangan hati orang lain yang terluka.Hati sendiri mungkin boleh diubati dengan cara tersendiri untu mengubat segala lara,sedih,pilu dan duka hati ini.Tetapi hati orang lain bukan mudah untuk diubati kerana setiap manusia memiliki sikap,hati dan perasaan yang berbeza.

Oleh itu,hati dan bibir hanya mampu tersenyum melihat telatah manusia yang mempunyai sikap yang berbeza.Walaupun hati sering disakiti dan pedih rasanya menahan segala macam rasa dari orang sekekeliling.Kita harus bersyukur kerana Allah masih menyanyangi kita.Dugaan yang diberikan  oleh yang Maha Esa tidak akan melebihi kemampuan hambanya.Nikmat yang diberikan oleh yang Maha Esa haruslah digunakan dengan sebaik mungkin.Hati kita hendaklah selalu mengingati Allah tidak kira pada masa susah atau senang………

#DAIJYOBU
#AMI

No comments:

Post a Comment