Ujian dan Dugaan
Masalah yang dihadapi setiap
insan adalah berbeza.Ada yang diberi dugaan yang sukar dan juga sebaliknya.Setiap
insan itu haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.Terimalah dengan
hati yang terbuka dan redha dan pada masa yang sama berkatalah didalam hati “semua ini hanyalah dugaan ,Allah masih sayangkan
Aku,Aku harus mengharunginya walaupun pahit untuk ditelan,hidup harus
diteruskan ,aku tidak seharusnya berputus asa sebelum mencuba untuk
menyelesaikannya,masih ada orang yang memerlukan aku,aku tidak boleh lemah “
Tetapkanlah dalam hati bahawa
Allah S.W.T sentiasa bersama dan akan sentiasa membantu kita apabila kita
memerlukan pertolonganNya tidak kira pada masa susah mahupun senang.Bukan mudah
untuk menerima segala dugaan yang
mendatang secara tiba-tiba,sebagai hamba kita harus merelakan hati untuk
menerima dugaan itu dengan hati yang terbuka.
Mungkin pada awalnya kita sudah
mengeluh tetapi pada dasar akalnya adakah kita pernah berfikir mengapa kita
diberi dugaan sedemikian.Cubalah bermunahasabah diri mencari Mengapa?,Kenapa ?Aku diberi dugaan dan ujian
sedemikian.Dengan hati yang terbuka dan redha terimalah dugaan ataupun ujian
hidup yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Jangan pernah membandingkan
mengapa aku tidak menjadi seperti dia?,kenapa juga aku tidak kaya seperti dia?,Mengapa itu dan
ini.Setiap manusia diberi cara hidup
yang berbeza dan juga diberi
kelebihan dan keistmewaan yang berbeza.Justeru itu,kita harus bersyukur dengan
nikmat yang telah dikurniakan Oleh yang
Maha Esa kepada kita.Janganlah kita mempertikaikannya kerana setiap insan itu
memiliki keistimewaan masing-masing .Keistimewaan itulah yang menjadikan
seseorang itu menyinar apabila dia menggunakan keistimewaan itu dengan sebaik-baiknya
tanpa menyalahgunakan keistimewaan itu.
Setiap dugaan dan ujian yang
menimpa pasti akan ada hikmahnya.Pasti ada manisnya selepas itu.Pasti akan ada kebahagian yang menanti.Oleh itu,kita
perlulah bersabar dalam menghadapi segala dugaan menimpa.Terimalah dengan hati
yang redha dan ikhlas untuk menghadapi dugaan dan ujian yang menimpa.